Masjid Tengku Tengah
Zaharah
|
|
Lokasi
|
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Teluk Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. |
Maklumat teknikal
|
|
Syarikat
|
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan
nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah
binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat
bandarKuala Terengganu. Masjid
ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina.
Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan
masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991
dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato'
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan
ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina
tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara
setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf
serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga
1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum
Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan
kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang
boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit
yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang
mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan,
pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti
betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus
berkembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan