Arkib Blog

Khamis, 26 Julai 2012


4 Alasan Kenapa Wanita Dedahkan Aurat (Jawapan)

Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam tidak memakai tudung. Ini merupakan 4 alasan utama mereka dan jawapan kepada alasan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Alasan 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

Alasan 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

Alasan 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Alasan 4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tibadan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Awas! Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Bogel


Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillahiminzalik! Moga Allah melindungi kita semua.
Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”(Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadith di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya. Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadith tersebut menyatakan: “Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.

Sukar untuk Berubah

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)


Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)


Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!) 
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah korang tengok awan yang seram atau luar biasa di langit? Banyak kejadian seperti ini telah direkodkan. Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni! P/S: Melihat awan ciptaan Allah dapat menghasilkan pahala dan damai di hati. Ianya kerana setiap hidupan yang dicipta Allah di dunia ini sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah. Kita ni bagaimana?







Isnin, 23 Julai 2012

Panduan Menyediakan Surat Iringan Untuk Memohon Pekerjaan : 
How To Write A Good Cover Letter Tips 


Apakah Surat Iringan - What is a Cover Letter ? 

Surat Iringan bagi permohonan kerja adalah seperti penutup buku kepada mana-mana buku dan merupakan pengenalan menarik yang dilampirkan kepada resume anda dalam permohonan kerja. Dalam surat anda menjelaskan siapa anda dan mengapa anda menulis kepada pihak berkenaan yang akan membaca resume anda. Ia hanya sesuai untuk anda memperkenalkan diri anda apabila anda ingin memohon sesuatu daripada mereka dan dalam kes ini merujuk kepada satu temuduga. 

A Cover letter to a job application is like the book cover to any books. A cover letter is the attention-grabbing introduction that is attached to your resume in a job application. In these letters you are explaining who you are and why you are writing to the person who is reading your resume. It is only proper for you to introduce yourself when you are requesting something of them, in this case, an interview. 


Surat Iringan Perlu Padat & Ringkas - Cover Letters Should Be Brief and Simple 

Pelu diingat bahawa pihak pemilih telah membaca begitu banyak resume memohon dengan hanya satu matlamat iaitu mereka hanya akan memilih beberapa calon yang paling sesuai dan berpotensi sahaja untuk ditemuduga. Surat Iringan perlulah padat dan ringkas dan tidak melebihi satu muka sahaja. Ramai calon yang memberikan penerangan yang panjang dalam Surat Iringan. Jangan sekali-kali mencampur adukkan kandungan resume dalam Surat Iringan anda. Ini akan membazirkan masa dan menjemukan pihak yang membaca permohonan anda. 

Remember that recruiters have to read so many resume applying for only one position, out of which, they will select a few candidates for interviews. In order to secure that interview, cover letters should ideally be only one page long. Many people provide lengthy autobiographies in the cover letter. Never repeat your resume in your cover letter. This is a waste of the writer's and reader's time. 



Kandungan Surat Iringan - Cover Letter Content 

Dalam dua perenggan yang pertama : maklumkan jawatan yang ingin anda pohon dan bagaimana anda dapat tahu tentang kekosongan jawatan tersebut. 

Dalam dua perenggan yang berikutnya : terangkan kepada bakal majikan anda mengapa anda sesuai untuk jawatan tersebut. Dan akhiri Surat Iringan anda dengan memberitahu samada anda akan menghubungi mereka semula atau menunggu panggilan untuk satu temuduga. 

Ingat ! JANGAN SESEKALI menggunakan Surat Iringan yang sama bagi semua permohonan kerja anda. Dan jangan cuba untuk mengambil jalan mudah dengan menyalin surat rakan anda dan hanya menukar butiran. Anda tidak boleh menipu pihak pemilih. Berusaha sendiri dengan menulis Surat Iringan yang khusus bagi setiap permohonan untuk membuktikan minat, kreativiti dan kesungguhan anda dalam usaha mendapat pekerjaan tersebut. 


In the first two paragraphs, mention the position you are applying for and how did you learn of the opening for the position.

In the subsequent two paragraphs, tell your prospective employer why you are perfect for the position. And finally end your cover letter by informing whether you will be calling them or you will be waiting for their phone call to call you for an interview.

Remember, NEVER use the same cover letter for all your job application. And never ever attempt to take the easy way out by copying your friend's cover letter and just change the details. You cannot cheat the recruiters. Be individual and write a customised cover letter just for that one application to show your genuine interest in getting that job. 

Objektif Penyediaan Resume / Curriculum Vitae (CV)
Paradigma dalam menyediakan resume bagi kebanyakan lepasan siswazah adalah hanya untuk mendapat pekerjaan. Paradigma ini tidak salah tetapi kalau kita menumpukan matlamat supaya terpilih untuk ditemuduga atau pemilihan, maka seluruh usaha kita akan lebih fokus kepada bagaimana untuk 'out of the crowd' daripada ribuan pemohon yang lain. 

Ia akan mendorong kita kepada usaha-usaha yang kreatif dan sistematik agar resume kita dapat menarik perhatian pihak pemilih seterusnya menjadikan kita tersenarai dalam calon-calon yang terpilih untuk ke peringkat temuduga / pemilihan. 

Oleh itu, daripada permulaan menyediakan Resume atau CV, abaikan dulu angan-angan anda untuk mendapat pekerjaan. Tumpukan pada bagaimana usaha kita untuk membuat pihak pemilih tertarik akan diri kita. Juga harus diingat : bahawa penampilan awal bagi diri anda hanya akan diwakili oleh 2 atau 3 helai kertas sahaja. 


Ciri-Ciri Resume/ CV Yang Baik
Bagaimanakah contoh Resume / CV yang baik ? Format rasminya mungkin tidak ada, tetapi yang jelas, Resume / CV yang bagus haruslah menarik perhatian, menimbulkan impresi yang bagus, menunjukkan pengalaman dan keterampilan yang relevan. Oleh itu, anda harus berusaha sebaik mungkin untuk mencapai objektif-objektif tersebut. 

Misalnya, pilihlah jenis kertas yang baik dan sesuaikan dengan karakter pekerjaan yang dipohon serta konsep majikan. Contohnya jangan sekali-kali menggunakan kertas wangi berwarna ungu muda untuk posisi-posisi seperti akauntan di sebuah firma konsultan yang terkenal budayanya sangat formal. Sebaliknya mungkin anda boleh menggunakan kertas jenis tertentu dalam usaha 'out of the crowd' dan sesuai dengan majikan yaang berkaitan. 

Jangan lupa luangkan waktu untuk memeriksa semula setiap ejaan anda beberapa kali. Resume / CV yang anda, mesti 100 % bebas kesalahan ejaan. Ingat Resume / CV menampilkan diri anda dan jangan biarkan timbul impresi yang kurang baik tentang diri anda hanya karena masalah ketelitian atau kerapian. Ia sangat merugikan jika dianggap remeh. 


Kreatif
Ingatlah tujuan membuat Resume / CV adalah agar kita dipanggil untuk temuduga atau pemilihan. Jadi gunakan sepenuhnya kreativiti anda untuk 'out of the crowd'. Buatlah diri anda menonjol dan diberi perhatian dengan impresi positif oleh pihak pemilih. Sebuah kertas yang dilipat dengan cara unik berwarna krem muda dengan kertas yang berkualiti tinggi tentunya akan sangat menarik perhatian diantara tumpukan seribu kertas HVS 80 gram putih ukuran A4. 

Anda mesti sensitif kepada pihak pemilih akan membaca ribuan surat permohonan dan resume. Bayangkanlah kebosanan mereka jika yang dilihat itu-itu saja, membaca yang begitu-begitu saja. Gunakanlah kreativiti anda untuk memberi impresi positif sekaligus membuat Anda menjadi berbeza di antara ribuan pemohon yang lain dan mendorong pihak pemilih untuk segera bertemu dengan anda. 


Sederhana dan Jelas
Lazimnya pihak pemilih tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca Resume / CV. Jika anda membuatnya secara jelas, ringkas dan sederhana, ianya akan memudahkan mereka sekaligus menguntungkan anda karena mereka boleh mendapatkan gambaran diri anda secara lebih lengkap. Berilah gambaran kasar tentang pengalaman, kebolehan, kelebihan dan kelulusan anda. 


Contoh Resume / CV
Objektif & Isi : sebagai pengganti bagi penampilan diri dan kemampuan anda. 

■ Maklumat Peribadi (Nama, Alamat, Nombor Telefon, Alamat Email dll) 

■ Profil Diri (gambaran ringkas tentang diri anda yang merumuskan kelebihan anda dan dapat meyakinkan pihak pemilih yang anda sesuai untuk posisi tersebut) 

■ Employment (sejarah ringkas tentang pengalaman anda dalam bidang pekerjaan sebelumnya. Bagi 'fresh graduate', anda boleh menulis tentang praktikal (latihan industri) yang telah dilakukan atau projek-projek yang anda kerjakan semasa kuliah. Ada baiknya mencantumkan pencapaian / prestasi terbaik yang dicapai dalam setiap pekerjaan 

■ Pengajian dan Kemahiran Lain (kelulusan tertinggi anda, semua latihan yang telah dijalani dan kelebihan lain yang dimiliki) 

■ Pengalaman dalam organisasi (organisasi pekerjaan, kemasyarakatan, kampus dll) 

■ Minat dan hobi anda 

■ Maklumat Tambahan ( cth : karya penulisan, biasiswa yang diterima, pertandingan dll) 

■ References (referensi dari mantan atasan, dosen, tokoh masyarakat, dll)


Lain-Lain Yang Perlu Diberi Perhatian
■ Buatlah Resume / CV yang berbeza untuk setiap pekerjaan yang dipohon. 

■ Sesuaikan kelayakan yang anda tonjolkan dalam setiap Resume / CV
dengan syarat yang diperlukan bagi setiap jawatan yang dipohon. 

■ Pastikan pembaca Resume / CV anda akan faham dengan jelas apa yang anda tulis. 

■ Tekankan pada prestasi anda dan minimakan kelemahan anda 

■ Cetak dengan kualiti yang terbaik dan jangan hantar salinan fotostat. 

■ Sertakan Cover letter yang menarik dan kreatif sebagai 'penyokong' 

■ Gunakan bahasa yang sama dengan iklan jawatan tersebut.
Jangan menunjuk kepandaian dengan menggunakan bahasa yang lain 

■ Jangan sesekali menipu dalam Resume / CV 





Panduan Untuk Calon Yang Akan Menghadapi Temuduga : 
General Jobs Vacancy Interview Tips

Tip 1 : Plan Ahead
Be Prepared ! Do a little homework ! Browse through the employer's website and learn something about the company before you attend your interview. Research the company and the position if possible, as well as the people you will meet with at the interview. Review your work experiences. Be ready to support past career accomplishments with specific information targeted towards the companie's needs. Prepare your facts and get them right !

Tip 2 : Role Play
Once you have finished your research, begin role playing (rehearsing). Write down answers if it helps to make your presentation more concise. Try to keep your answers to the information your new employer will want to know.

Tip 3 : First Impression Counts
You never get a second chance to make a first impression ! Dress professionally and appropriately (according to the job you are applying for). Flip-flop sandals and singlet are definitely out.

Tip 4: Be On Time ! 
If possible, try getting to the venue before the actual interview day to see how long it will take. Public transport may be unreliable, you may have been stuck in heavy traffic, but however reasonable your excuses are, it won't affect the fact that your chances are reduced if you are late. Remember that first impression counts ! Worse comes to worst, if you are going to be late, ring your interviewer(s) and let them know.

Tip 5: Be Positive ! 
Never criticise past employers, other candidates or whoever but particularly within the industry. Focus on positive achievements and views. In particular, avoid negative comments about past employers. And don't talk too much ! You may be shooting yourself in your foot (literally) when you disclose too much of information that you do not wish to be known in the first place.

Tip 6: Encourage
Encourage the interviewer to share information about his or her company. Demonstrate your interest.

Tip 7 : Eye Contact Maintain 
Eye contact with your interviewer. Show that you want the job with interest.

Tip 8 : Adapt and relate 
Listen and adapt. Be sensitive to the style of the interviewer. Try to relate your answers to the interviewer and his or her company. Focus on achievements relevant to the position. Talk about specific achievements ! Interviewers like to know how you felt about a particular success. Some will ask for specific examples of things you've done that you're particularly proud of ; how you solved problems ; how you learned - and improved - from difficult situations.

Tip 9 : Be honest ! 
There really is no point lying about your background and / or skills. If you get caught, or even manage to get away with it by getting employed and then get found out, you can be sure you won't be around for long ! Job interviews are about matching needs - if there isn't a good match, then, chances are that the job won't work out.

Tip 10 : And finally, don't give up !
The fact is that you will not be offered every job you applied for, however perfect you think you may be for it. Feedback from interviews where you have been turned down can be invaluable for improving future results. Ask politely if they can give you any feedback. Always remember that there is a job out there for you somewhere 

Kajian Penyakit Batu Karang
Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah di HUSM.
Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu  :
i. Batu Karang Dalam Ginjal        ii. Batu Karang Dalam Hempedu
 
Batu Karang Dalam Ginjal
Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
 
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
1.   Rasa pedih ketika kencing
2.   Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
3.   Rasa seperti pasir berada dalam badan
4.   Air kencing kotor & berbau busuk
5.   Rasa sakit di kawasan pinggang
6.   Rasa sakit pada alat sulit
 
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
1.   Peringkat Awal    -   Perubatan Biasa
2.   Peringkat Kedua   -   Pembedahan / Lithotritpsy
3.   Peringkat Serius   -   Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
 
Kesan Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.
 
Kesan Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.
 
Batu Karang Dalam Hempedu
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.
 
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1.   Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2.   Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3.   Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4.   Rasa loya & muntah tanpa sebab
5.   Badan rasa tidak bermaya
6.   Kurang selera makan
7.   Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak
 
Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1.   Kerosakan Hati & Pankreas
2.   Hepatitis B (demam kuning)
3.   Kematian
 
Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang pundi
BIHUN SUP SPECIAL, JPJ ALOR SETAR 
 

Menu Istimewa
Bihun Sup, Mee Sup, Meehun Sup, KueTeow Sup, Moi Sup.
Sup Lidah, Sup Perut, Sup Peparu, Sup Daging etc
(semua masakan adalah amat sedikit kandungan MSG) 

Pertanyaan / Tempahan
Tel : 017-408 2640 (Kak Ah) 



sekali rasa, InsyaAllah nak selalu ... 


ruang letak kereta yang luas, selesa & selamat 


datang awal, jika waktu rehat, gerai akan Q 
Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah 

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" 
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat" 
Kisah Seram Benar :: Ancaman Al-Masih Dajjal 

Al-Masihi Dajjal


Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?


Bayi ini bukan dajal... Dajjal telah wujud sejak zaman Rasulullah



Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."



Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.



Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.


Pulau Bermuda - tempat persembunyian dajal


Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.


Air Tasik Tabariah (Sea of Galilee) semakin berkurangan


Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya ?



Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."